SINAR HARIAN
JOHOR BAHARU - Lebih 200 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di
bawah Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) hari
ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah penggunaan kalimah
ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Ketua Penerangan Gabung Abdullah Md Yusof berkata, bantahan itu
bertujuan mengingatkan semua pihak bahawa kalimah ALLAH adalah hak
eksklusif agama Islam dan mana-mana pihak digesa supaya tidak cuba
mempermainkan isu sensitif itu.
"Kita (Gabung) mengingatkan mana-mana pihak supaya 'tidak menjolok
sarang tebuan' kerana isu ini sudah banyak kali cuba diusik," katanya
kepada pemberita selepas mengadakan bantahan itu di hadapan sebuah
restoran berdekatan Hentian Bas dan Teksi Ulu Tiram di sini.
Terdahulu, Gabung turut membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini supaya siasatan dijalankan terhadap isu itu.
Beliau berkata, Gabung bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran
pada 17 Februari depan di bandar raya ini bagi tujuan mempertahankan
isu-isu berkaitan Islam dan mengajak semua umat Islam di seluruh negara
menyertainya.
Katanya tempat perhimpunan masih di peringkat perbincangan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan