Harakahdaily, |
KOTA BHARU: Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan (GPTHK) berikrar akan menyertai gerakan menuntut royalti minyak untuk Kelantan melalui ngo 'R'.
Dalam pertemuan dengan ngo 'R' di sebuah restoran dekat sini, mereka mencapai tiga kata sepakat iaitu:
1. Menyokong penuh tuntutan royalti petroleum negeri Kelantan. Bayaran
harus dibuat melalui akaun kerajaan negeri supaya rakyat boleh menyemak dan menghukum melalui Dewan Undangan Negeri.
2. Akan melancarkan R kaum Cina dalam masa terdekat.
3. Mengadakan pertemuan dan menyerahkan deklarasi tuntutan dan hasrat kaum Cina terhadap perbelanjaan dan pengurusan hak hasil bumi tersebut.
Pertemuan itu diadakan bagi mengetahui perkara sebenar tuntutan NGO berkenaan.
Mereka mahu mendengar dari kesemua pihak sebelum membuat sebarang keputusan.
Antara yang hadir pertemuan itu adalah Pegerusi GPTHK Ooi Poh Chun, Ketua Pemuda GPTHK Wee Kian Khai, Penasihat Pemuda GPTHK Lau Chee Fang dan beberpa AJK R Malaysia.
Turut hadir ialah Timbalkan Ketua Pemuda GPTHK, Ng Yit Foong, naibnya Song Tai Bee dan Koh Teck Hui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan