KL TODAY
Mahkamah
Tinggi di sini Khamis mengarahkan Universiti Utara Malaysia (UUM)
membayar kira-kira RM3.7 juta kepada KIC Management Sdn Bhd kerana
melanggar perjanjian khidmat luar bagi sebuah program sarjana dengan
syarikat itu.Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Azman Husin juga mengarahkan
KIC Management membayar RM200,000 sebagai tuntutan balas oleh
universiti itu.Jumlah tersebut sebagai tunggakan bayaran atas kegagalan
syarikat itu membayar yuran pengajian untuk pensyarah UUM dan royaliti
kepada pelajar serta yuran profesional seperti dipersetujui dalam
Memorandum Perjanjian (MoA) bertarikh 1 September 2008.
Dalam
pernyataan tuntutan pada 8 Ogos 2010, KIC Management mendakwa UUM
menamatkan MoA dengan syarikat itu bagi menjalankan program pasca
Siswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bermula 1 Jun 2009.
Syarikat
itu mendakwa mengikut MoA yang ditandatangani dengan UUM pada 1
September 2008, UUM bersetuju untuk memberi khidmat luar program MBA
kepada syarikat itu manakala syarikat itu akan menyediakan prasarana
dan peserta program tersebut di satu fakulti yang dimiliki dan
disediakan oleh syarikat itu dan/atau wakilnya di Kulim, Kedah.
Mengikut
perjanjian itu, UUM bersetuju bahawa KIC Management akan terus
mengendalikan program Eksekutif Sarjana Pentabdiran Perniagaan bagi
tempoh limatahun bermula 1 September 2008 hingga 31 Ogos 2013.
Bagaimanapun, UUM melalui surat bertarikh 18 Mei 2009 telah menamatkan perjanjian tersebut berkuasa 1 Jun tahun yang sama tanpa mematuhi terma-terma perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, UUM melalui surat bertarikh 18 Mei 2009 telah menamatkan perjanjian tersebut berkuasa 1 Jun tahun yang sama tanpa mematuhi terma-terma perjanjian tersebut.
KIC
Management menyatakan bahawa penamatan kontrak itu adalah pramatang dan
melanggar dua klausa perjanjian iaitu MoA boleh ditamatkan oleh
mana-mana satu pihak dengan memberi notis bertulis sekurang-kurang enam
bulan dan MoA hanya boleh ditamatkan sebaik penyelesaian pengambilan
terbaharu pelajar progarm itu.
KIC
Management berkata, tindakan UUM itu menyebabkan syarikat itu mengalami
kerugian dan kehilangan yang besar iaitu RM424,860 bagi baki yuran
pelajar yang masih belum menamatkan pengajian dan RM3.27 juta bagi
kehilangan keuntungan/pendapatan untuk baki tempoh perjanjian dari 1
Jun 2009 hingga 31Ogos 2013.
Justeru
itu, syarikat itu menuntut RM424,860 bagi kehilangan baki yuran itu,
RM3.27 juta bagi kehilangan keuntungan/pendapatan, faedah statutori
padakadar lapan peratus setahun atas jumlah dua tuntutan itu dan kos
serta lain-lain relief yang diarahkan mahkamah.
KIC Management diwakili peguam C.V. Devan manakala UUM oleh Nadzarin Nordin.
KIC Management diwakili peguam C.V. Devan manakala UUM oleh Nadzarin Nordin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan