Azuz berkata, beliau tidak dapat memastikan punca insiden dan juga siapa yang terlibat menyebabkannya berikutan keadaan ketika yang gelap.
“Tak baik kita menuduh orang lain, biarkan perkara itu jelas baru kita adili dengan cara betul," katanya lagi.
Azuz turut menasihatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya jangan membuat tuduhan melulu sebelum mendapat maklumat yang jelas.
Terdahulu pagi tadi, Nurul Izzah berkata, pihaknya telah membuat laporan polis bersama mangsa yang tercedera berhubung kejadian malam tadi.
Sehubungan itu, Nurul Izzah juga berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas samseng yang mencetuskan hura-hara ketika Ceramah Perdana Keadilan yang berlangsung di pekarangan Apartmen Pantai Permai malam tadi, kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap.
"Saya tak boleh nak salahkan sesiapa kerana kedaan malam itu gelap dan sukar nak kenal pasti siapa yang melakukan perkara tersebut.
"Kalau Izzah sudah membuat laporan polis, kita tunggu sahaja laporan yang akan diterima nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian petang tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan