PAS mendakwa Yayasan Bukit Katil dan syarikat
swasta melombong pasir di tanah milik kerajaan dan persendirian sejak
beberapa tahun lalu.
PETALING JAYA: PAS Melaka mendedahkah pihak tidak bertanggungwab mengorek pasir yang membahayakan penduduk setempat di Kampung Bukit Senggeh dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.
PAS mendakwa Yayasan Bukit Katil dan syarikat swasta melombong pasir di tanah milik kerajaan dan persendirian sejak beberapa tahun lalu.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, beliau sudah beberapa kali melawat kawasan tersebut dan yang terbaru minggu lalu.
`Lubang besar’
“Terdapat sekurang-kurangnya enam atau lapan ‘lubang besar’ yang boleh diibaratkan sebagai bencana kepada penduduk sekiranya lubang-lubang itu pecah dan bercantum boleh mengakibatkan banjir besar.
“Lubang itu sangat dalam dan pasir yang dikorek itu dijual di sekitar Melaka” katanya lagi.
Menurutnya, penduduk mendakwa pengorekan pasir tersebut akan membahayakan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.
Beliau berkata, tanah yang dikorek itu sudah menjadi lombong dan menjadi lebih tinggi dari tanah milik penduduk di kawasan berhampiran.
“Tanah penduduk menjadi tidak berguna lagi dan menjadi semakin sempit akibat hakisan dari kerja mengorek pasir lombong tersebut,” beliau menambah.
Adly berkata, penduduk telah membawa isu ini kepada pihak berwajib tetapi masih belum diselesaikan.
Seorang peguam kin sedang menguruskan kes ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan