Ahad, 27 Mei 2012

Mayat mangsa bunuh dicampak tepi jalan

BUKIT MERTAJAM  - Seorang pemandu kren sambilan dan pemilik kedai cuci kereta diculik dan ditikam sehingga mati sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan berhampiran Jalan Song Ban Kheng, dekat sini awal pagi ini.

Meena Kumar, berusia lingkungan 40-an yang berasal dari Ujung Batu, Butterworth dipercayai diculik di tempat lain sebelum mayatnya ditemui orang awam di kawasan itu kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, mangsa dikatakan menerima panggilan daripada seseorang yang meminta bantuannya untuk menarik kereta yang rosak.

"Sebaik sahaja tiba di Taman Kimsar dekat Prai, dia ditarik ke dalam sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu oleh empat lelaki.

"Mayat mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman di seluruh badan dan dua jarinya yang terputus di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiada ulasan: