Ahad, 27 Mei 2012

Seorang lagi peserta perhimpunan ditahan

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR  - Seorang lagi peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang dikehendaki polis ditahan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini seramai 29 orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kontraktor korek pasir berusia 36 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini pada pukul 10.30 pagi.

"Lelaki tersebut adalah antara 141 individu yang gambarnya disiarkan media, dipercayai terlibat dalam kekecohan semasa perhimpunan tersebut," katanya.

Chin Wah berkata polis masih menjejaki 112 lagi individu sejak polis melancarkan operasi menahan secara besar-besaran pada 16 Mei lepas.

Setakat ini dua anggota polis dan tiga orang awam didakwa di mahkamah di sini berhubung perhimpunan yang diadakan di ibu negara pada 28 April lalu. - BERNAMA

Tiada ulasan: