Jumaat, 18 Mei 2012

Malaysia Kaji Kemungkinan Wujudkan Akta Pekerja Asing

MSTAR ONLINE


JAKARTA: Malaysia akan meneroka kemungkinan terhadap keperluan mengadakan sebuah akta pekerja asing bagi menguruskan pekerja asing dalam negara, yang kini mencapai angka 4 juta orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dengan jumlah pekerja asing yang pada masa ini mewakili lebih daripada 10 peratus penduduk negara, pengurusan mereka tidak lagi boleh dibuat secara ad hoc.

"Saya secara peribadi percaya bahawa kita perlu ada (akta pekerja asing). Sekarang kita menangani isu-isu apabila ia berlaku sahaja," katanya ketika ditemui di sini Khamis.

Mohamed Nazri yang mengetuai delegasi Kesatuan Antara Parlimen Malaysia dalam lawatan tiga hari ke sini mulai Rabu, sebelum itu menemui Ketua Majlis Pemesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia, Taufik Kiemas di kediamannya di Menteng,Jakarta Pusat.

Turut serta dalam rombongan beliau ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee dan anggota Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Mohamed Nazri yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen danundang-undang berkata pada masa ini Malaysia tidak lagi bercakap hanya tentangpekerja Indonesia tetapi tentang pekerja asing yang juga datang dari beberapanegara lain.

"Jadi kita mesti melihat pengalaman negara lain seperti negara-negara teluk di mana bilangan pekerja asing lebih ramai daripada penduduk tempatan, itu semua kita tengok," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini telah menyatakan bahawa Malaysia sedang meneliti undang-undang pekerja asing di negara itu sama ada ia sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

Rakyat UAE pada masa ini berjumlah kira-kira 1.2 juta orang manakala pekerja asing pula telah mencapai angka lima juta orang, manakala di Indonesia pula yang banyak menghantar tenaga kerja ke luar negara mempunyai undang-undang tentang bagaimana menguruskan pekerja mereka di luar negara.

Mohamed Nazri berkata, penyelesaian masalah pekerja asing seperti mengadakan peraturan gaji minimum tetapi tidak melibatkan pembantu rumah dalam senarai, merupakan peraturan yang bersifat diskriminasi.

Katanya, peraturan gaji minimum harus melibatkan semua jenis pekerjaan dan tidak boleh bersifat diskriminasi.

Menteri itu berkata, Kaukus Parlimen Malaysia Indonesia (KPMI) yang disepakati penubuhannya oleh kedua-dua negara, akan antara lainnya membincangkan tentang keperluan mengadakan undang-undang untuk pekerja asing itu.

Beliau percaya KPMI juga akan dapat memainkan peranan yang berkesan untukmerapatkkan hubungan para anggota Parlimen Malaysia dan Indonesia bagi membincangkan isu-isu dua hala dan isu-isu yang ada kepentingan bersama. - BERNAMA

Tiada ulasan: