Jumaat, 4 Mei 2012

(Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Staff Berita Semasa

Azmin Ali Seks (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?


Sebenarnya gambar skandal seks Azmin Ali (didakwa adalah Azmin Ali oleh PapaGomo – papagomo.com) sudah tersebar di Internet sejak 2, 3 hari lepas.

Seperti dijangka Buletin Utama TV3 tidak melepaskan peluang menyiarkan tulisan “emas” daripada Papagomo untuk disiarkan kepada umum yang mengaitkan gambar seks terbaru ini dengan pemimpin parti pembangkang. Dipendekkan cerita, Azmin Ali namanya. Itu dakwaan Papagomo. 

Gambar Azmin Ali (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?
Skandal Azmin Ali (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Laporan Kosmo : Skandal Seks Pemimpin Pembangkang Selangor (Mirip)

Kosmo juga tidak melepaskan peluang menyiarkan laporan berita skandal pemimpin pembangkang Selangor ini sehingga menyiarkan gambar-gambar yang tidak senonoh.

Video Seks Azmin Ali1 (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Kenyataan Azmin Ali VS Dakwaan Video Skandal Seks Azmin Ali?

“Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan.

“Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata,” katanya. (sumber : Malaysiakini)
Kami terpaksa censor beberapa bahagian yang kami merasakan ia tidak sepatutnya disiarkan kepada umum apatah lagi apabila anak-anak kecil melihatnya  tidak kira di kaca televisen ataupun di media cetak. Sangat tak elok.

Kalau diperhatikan daripada aspek taktikal politik apatah lagi bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin terasa, kami menjangkakan gambar dan sedutan akan dikeluarkan sedikit demi sedikit dan akhirnya apabila tibanya saat menjelangnya PRU ke 13 akan lebih banyak bahagian gambar dan sedutan video akan disiarkan kepada umum untuk menontonnya.

Bagi kami yang salah tetap salah, tidak kira dari pembangkang atau kerajaan sekalipun. Kami sama sekali tidak mahu mempunyai pemimpin yang mempunyai integriti yang rendah apatah lagi jika terbukti ianya bersalah daripada aspek undang-undang.

Oleh itu, nasihat kami kepada penyiar gambar-gambar yang mendakwa ianya ada kaitan dengan skandal seks Azmin Ali, terus gunakan saluran undang-undang yang ada.

P/S : Apa pandangan dan respon anda pula?

Tiada ulasan: