KEADILAN DAILY
PETALING JAYA : Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Umno dan media kawalannya semakin bankrap maruah dan moral apabila menggunakan fitnah seks sebagai senjata menjatuhkan musuh politik.
Beliau berkata, Umno BN tidak mempeduli kesan kepada generasi muda apabila budaya fitnah dan lucah disebar secara terbuka dan berleluasa.
“Melihat peningkatan gejala keruntuhan moral seperti zina, gay, lesbian, pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah yang begitu ketara sejak akhir-akhir ini, nyata ia kesan buruk dari gejala fitnah seksual.
“Umno dan Utusan Malaysia melakukan jenayah besar kepada rakyat dan mereka perlu bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhammad Nur berkata, tindak-tanduk akhbar itu mengesahkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad Umno kini ketandusan bijak pandai dan profesional sebagai peneraju perjuangan.
Ia juga ekoran tekanan dihadapi Umno BN dalam menghadapi kebangkitan rakyat pada Bersih 3.0 dan isu rasuah RM3 bilion dalam pembelian Scorpene.
“Apa yang dilakukan hanya penerusan budaya tahyul, liar dan lucah yang telah diamalkan sekian lama melalui pelbagai terbitan. Strategi sama diguna kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri fitnah seksual sejak 1998.
“Namun, usaha yang dilakukan untuk memudar sinar kepimpinan tokoh ini tetap gagal kerana rakyat Malaysia lebih bijaksana dalam menilai hakikat dan kebenaran,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan