MALAYSIA KINI
Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia (MHS) membidas dakwaan pembabitan kakitangan sebuah kolej tempatan di Perlis yang bersama-sama anggota Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) mengislamkan pelajar India di negeri itu."Ini amat mengecewakan, bagi ahli-ahli kakitangan akademik terlibat dalam penukaran agama pelajar apabila mereka sepatutnya menjaga kepentingan agama, budaya dan sosial pelajar-pelajar mereka untuk memastikan perpaduan, keamanan dan keharmonian di kalangan pelajar dalam berbilang kaum di institusi pendidikan tinggi, "kata Mohan Shah.
Pensyarah dan anggota JAIP "tidak mematuhi undang-undang," katanya.
"MHS memandang serius kejadian ini dan akan melanjutkan perkara ini kepada perhatian menteri pendidikan tinggi dan juga perdana menteri untuk tindakan sewajarnya," kata Mohan Shah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan