Seringkali sifat amanah dipersoalkan ketika ingin memberikan seseorang sesuatu jawatan. Apakah yang menyebabkan sifat amanah terlalu penting dan amanah perlu diserahkan kepada ahli atau orang yang selayaknyamenerima amanah? Allah menyatakan di dalam Firmannya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(an-nisaa,58)
Ayat tersebut berkait dengan penyerahan kunci kaabah kepada Othman Bin Tolhah di mana ketika pembukaan Mekah, Saidina Ali datang membawa kunci kaabah dan meminta izin daripada Rasulullah untuk menjaga kunci kaabah berserta urusan melayan tetamu. Sebelum itu urusan melayan tetamu diserahkan kepada keluarga Nabi dan memegang kunci kaabah menjadi hak keluarga Abdil Dar. Setelah turunnya ayat di atas, Nabi s.a.w terus mengambil kunci dan menyerahkan kepada Othman Bin Tolhah seraya bersabda : “ambillah kunci kaabah ini dan tidak ada yang boleh merampasnya selama-lamanya melainkan orang yang zalim”. Ini menunjukkan amanah perlu diserahkan kepada ahlinya atau yang berhak menerimanya.
Suatu ketika, pernah sahabat Nabi s.a.w yang bernama Abu Dzar datang kepada Nabi dengan meminta jawatan. Lalu Nabi menyatakan “jawatan ini terlalu berat dan kamu tidak layak untuk memikulnya” menunjukkan amanah mesti diserahkan kepada individu atau mereka yang sepatutnya. Ianya suatu tanggungjawab yang berat menyebabkan Allah melakarkan di dalam al-Quran melalui Firmannya yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, (al-ahzab, 72)
Di sana menunjukkan bahawa amanah terlalu berat untuk dipikul dan ayat itu memberi amaran kepada manusia agar tidak sesekali meminta amanah kemudian tidak dapat melaksanakannya dengan baik. Bahkan nabi mengingatkan kita bahawa sekiranya kamu meminta amanah atau jawatan nescaya kamu tidak akan ditolong oleh Allah. Sekiranya jawatan itu diberikan kepada kamu dan kamu melaksanakannya nescaya Allah menolong kamu.
Setelah mendapat jawatan, taklifan atau tanggungjawab samada diperingkat kerajaan mahupun organisasi perlu melaksanakannnya sebaik mungkin. Ini kerana setiap amanah yang diberikan kepada kita akan dipersoalkan di akhirat kelak lebih-lebih lagi tanggungjawab untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi. Al-Quran memberi amaran khusus kepada orang yang beriman di dalam surah al-anfaal yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (al-anfaal,27)
Jelas kepada kita bahawa tidak boleh kita mengkhianati amanah yang diberikan kepada kita bahkan kita wajib melaksanakannya mengikut kemampuan masing-masing yang diketahui oleh Allah. Justeru, kita perlu berusaha untuk melaksnakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Sifat amanah yang kian hilang menunggu saat kehancuran dan menunjukkan kiamat hampir tiba.
Bagi mereka yang memperjuangkan islam tidak boleh mensia-siakan amanah yang diberikan. Tetap perlu melaksanakannya walaupun dalam keadaan bersusah payah dan sememangnya perjuangan islam tidak dihamparkan dengan permaidani merah. Cuba lihat apa yang dilaksanakan oleh baginda: Nabi S.A.W menghantar utusan-utusan seperti menghantar Muaz Bin Jabal dan Abu Musa al-asya’ri ke yaman bagi melaksanakan dakwah dan mereka melaksanakan dakwah dengan baik. Mereka hanya menerima sedikit pesanan daripada Nabi di antaranya kata Nabi “ Wahai Muaz, permudahkan dan jangan memayahkan”. Mereka tidak diberi kertas kerja yang rapi oleh baginda bagi melaksanakan tanggungjawab dakwah kerana ianya bergantung kepada mereka yang telah ditugaskan. Apa yang penting, mereka diberi kefahaman Islam dan matlamat perjuangan sehingga utusan-utusan itu memahami apa yang perlu dilaksanakan.
Begitu juga jika dilihat siri-siri peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Peperangan mu’tah sebagai contoh; Nabi menyerahkan bendera kepada Zaid Bin Harithah untuk menyerang Kuasa besar dunia ketika itu dan nabi menyatakan sekiranya Zaid gugur, serahkan bendera kepada Jaafar Bin Abi Talib dan sekiranya Jaafar gugur, bendera mesti diserahkan kepada Abdullah bin Rawahah. Kemudian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan