PASPB
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.“Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah,” katanya.
Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.
Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.
Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.
Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.
Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.
“Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?”
“Boleh!” sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.
Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.
“Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan,” katanya.
Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis ‘berkawal’di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.
Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.Utara News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan