KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu sedang menyiapkan manifesto pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) untuk memberikan tawaran yang menarik sebagai pilihan kepada rakyat..
Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahud Endut berkata ia akan di umumkan menjelang PRU13 akan datang.
"InsyaAllah bila hampir dengan pilihanraya kita akan umumkan manifesto kita sebagai tawaran kepada rakyat negeri Terengganu, khususnya, dengan imej yang lebih mesra dan lebih cakna,"katanya.
[Gambar - Haji Wahid ceria menerima kunjungan sahabat handai dan rakan taulan ke rumah terbukanya di kediamannya Kampung Durian Burung]
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka beliau yang diadakan pada Rabu 31 Ogos
Menurutnya, antara perkara penting yang di janjikan PAS Terengganu dalam manifesto tersebut adalah pembelaan terhadap rakyat dianiayai oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, rakyat mengadu Umno/BN semakin menjadi-jadi merampas tanah rakyat khususnya yang melibatkan tempat tinggal atau rumah rakyat.
"Sekarang ni makin menjadi-jadi, waktu rakyat datang berkunjung pada hari raya (ini) ada yang bangkitkan kebimbangan mereka, tanah tapak kediaman mereka akan diambil oleh kerajaan (Umno/BN Terengganu),
"mereka dah mula rasa susah hati kerana tak tahu nak pindah ke mana,"ujar Haji Wahid
Khamis, 1 September 2011
PAS Terengganu bela rakyat ditindas Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan