Sabtu, 17 September 2011

Pas berharap peruntukan akta baru tidak serupa ISA

SINAR HARIAN


KOTA KINABALU – Pas menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi pada masa yang sama berharap peruntukan dalam akta baru bagi menggantikannya tidak menyerupai ISA.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti perlu melihat dahulu peruntukan dalam akta baru itu.

"Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ia benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini,” katanya, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas Hari Malaysia malam tadi mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. – Bernama

Tiada ulasan: