Leher Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan tegang, dan dia betul-betul kelihatan gementar dan tidak selesa sebelum beliau memulakan ucapannya.Semestinya dia telah dinasihatkan oleh orang-orangnya untuk melihat penonton tepat pada mata, namun dia rupanya seperti berhati-hati melakukannya. Bahasa tubuhnya telah menceritakan apa yang sebenarnya dia rasakan dan bukanbibit-bibit perkataan yang keluar dari mulutnya. Nampaknya, Encik Najib adalah seorang lelaki yang sedang bimbang dan takut akan masa depannya.
Dia tidak dapat meningkatkan prestasi BN tahun 2008, ini yang pasti, dan pada hakikatnya BN akan bertambah tenat. Maksudnya di sini, Encik Najib akan dipecat selepas pilihan raya oleh partinya sendiri. Kerjaya yang pendek dan tidak menyerlahnya akan berakhir. Jadi dia telah membuat keputusan untuk menjalankan strategi baru yang radikal, untuk menjadi reformis sepantas kilat!
Beliau memulakan ucapannya dengan pelajaran sejarah yang membosankan, memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rakyat Malaysia (Tanah Melayu) telah dapat mengundi dalam pilihan raya buat kali pertama pada tahun 1952, dan sebagai sebuah negara yang bebas pada tahun 1959. Ini menjadikan Malaysia sama dengan setiap negara lain yang pernah bebas daripada kuasa penjajah (termasuk AS), harapan ramai agar dia berhenti di situ kerana pada hakikatnya Najib sudah tidak mampu melakukan satu lagi ucapan yang sia-sia.
"Ketiga-tiga Pengisyhtiharan Darurat dibatalkan 40 tahun kemudian". Nampaknya lebih baik daripada Gaddafi, tetapi setakat itu sahaja. Senyuman palsu kemudiannya lahir dari mulut Hishamuddin Hussein.
"ISA akan dibatalkan secara keseluruhannya". Lebih banyak isyarat gembira yang palu dari Hishamuddin. Rais Yatim pula layaknya seperti orang bodoh. Ketua Polis Negara mengangguk-angguk kepalanya seperti salah satu anak patung mengangguk-angguk kepala yang sering menjadi ole-ole pelancung. Disambut pula tepukan tangan paksaan dari BN dan kroni-kroninya.
Dan satu lagi bonus, "tiada lagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ", maka akhbar akan 'bebas'. Mereka masih memerlukan lesen untuk beropersi jadi tidaklan bebas sepenuhnya kerana mashi dikawal kuasa eksekutif . Anda boleh lihat akhbar arus perdana dipenuhi sampah biasa. Akhbar-akhbar pembangkang sudah tentu tidak akan diberi lesen.
Jadi, pada akhirnya apakah maksud Encik Najib?
Pasti, BN boleh berubah, tidak ada keraguan tentang hal itu!
Encik Najib ingin anda percaya bahawa, bertentangan dengan cara konvensional, BN boleh mengubah tanpa dibuang pada awalnya. Dia ingin golongan atas pagar untuk mengundi beliau. Dia ingin untuk memperlihatkan dirinya sebagai seorang individu bukan dari golongan yang tidak popular dalam BN. Dia ingin undi masyarakat bandar yang ia telah hilang.
Tetapi dia tidak memberikan apa-apa! Pengumuman 15September adalah sampah yang jeles cetek. ISA adalah undang-undang yang secara politiknya mustahil untuk digunakan lagi, jadi adakah perbezaan sama ada ia dimansuhkan atau tidak selain daripada menjadi satu symbol? Dua undang-undang baru pula akan diwujudkan umum Encik Najib dengan begitu sahaja. Adakan beliau sudah berbincang dengan pihak yang berkepentingan? Badan kehakiman masih berada di bawah telunjuk eksekutif. Pihak polis masih dengan cara lama, IPCMC disekat. SPRM ada sandiwaranya tersendiri. AG akan mempunyai kuasanya tiada batasan dan kita boleh lihat kelak hasilnya pendakwaan yang lebih selektif.
Sudahlah orang di bawahnya seperti Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Nazri Aziz melihat enteng pada perubahan ini. Kumpulan tahanan ISA yang sedia ada masih belum dibebaskan dua hari selepas Encik Najib membuat ucapannya. Hishamuddin Hussein mendakwa bahawa mereka semua sedang ditahan kerana 'keganasan'. Ini merupakan satu perubahan mendadak!
Kebebasan versi Najib
Terdapat mereka yang telah mengalu-alukan ucapan Mr.Najib ', tetapi mereka mungkin sedang menderita sindrom Stockholm, seperti yang di tweet oleh Cik Latheefa Koya. Anda tidak mungkin mengucapkan terima kasih kepada yang menahan anda kerana membebaskan anda kerana kini adalah masa yang sesuai untuk dia berbuat demikian!
Untuk menambah penghinaan, Encik Najib mendakwa bahawa dia telah 'membebaskan' akhbar. Beliau bagaimanapun mempunyai hak untuk menarik lesen mereka pada bila-bila masa dia suka! Ini adalah fahaman Encik Najib mengenai kebebasan. Sangat berbeza daripada Mandela dan yang sewaktu dengannya.
Satu-satunya fakta jelas dari pengumuman ini adalah EncikNajib percaya bahawa rakyat Malaysia mudah ditipu. Ucapannya pada 15 September adalah satu usaha untuk memenangi pengundi. Ada juga yang akan tertipu dan menelan pelawaannya untuk meminum air suam ini.
Encik Najib boleh simpan sahaja langkah-langkah separuh jalannya dan ucapan ini. Atau dia boleh mencanangkannya dari bangku pembangkang selepas Pilihanraya Umum yang akan datang.Apa yang tidak boleh diterima adalah lima tahun lagi rakyat terpaksa mengharungi ketidakcekapan tadbir urus, salah urus ekonomi dan pemerintahan angkuh oleh BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan