Saya biasa mengikuti kareer politik Khairy Jamaluddin dengan penuh minat sejak dulu dengan penuh minta. Beliau seorang muda yang mempunyai masa depan cerah dalam politik. Ramai percaya belaiu mempunyai kuasa dan kekayaaan semasa pemerintahan Abdullah Badawi memainkan peranan besar sebagai orang belakang tabir .Dia ialah seorang yang pelru diberi perhatian.
Ketua kepada budak tingkat 4
Cerita-cerita berkenaan Khairy yang muncul di internet sangat banyak memburukkan reputasi nya, dan pendedahan demi pendedahan seolah olah hamper sama dengan ’50 dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri’.
Beliau dikagumi ramai, juga digeruni dalam lingkuan BN terutama Bahagian UMNO yang diketuai oleh bekas PM Mahathir Mohamad. Bagaimana pun, sepantas mana nama beliau naik di arena politik Malaysia, begitu juga cepatnya nama itu jatuh,dengan pemergian Abdullah Badawi.
Bagaimanapun, beliau tidak jatuh tanpa berjuang dahulu. Beliau berjaya menjawat Ketua Pemuada UMNO yang berprestij selepas saingan sengit, dan sebagai tiket baginya kembali ke tampuk kuasa dalam pimpinan UMNO.
Agak mengejutkan bila beliau tidak dilantik ke jawatan menteri. Kita semua masih ingat beliau pernah berkata beliau akan menjadi Perdana Menteri sebelum umurnya 40 tahun. Satu kejutan besar bila beliau diketepikan ,manakala penetangnya yang tewas,Mukhriz Mahathir menjawat jawatan Timbalan Menteri.
Hal yang menyedihkan bagi penyokong nya, tapi itulah politik, Beberapa tahun lalu adalah satu jangkamasa diaman beliau berdiam diri dari berita2 hangat kecuali pertelingkahan nya dengan ketua Perkasa Ibrahim Ali.
Isu Mat Sabu adalah satu kesilapan jika dicampurtangani
Beliau mula bersuara lantang semula setelah dikritik hebat kerana bersifat puashati dengan tugas-tugasnya sebagai ketua pemuda UMNO. Ketika kehangantan isu rally Bersih 2.0,beliau mengugut mahu mengetuai pemuda UMNO berarak seiring dengan Bersih, yang membuatkan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein menyuarakan bantahannya.
Sasaran terbaru beliau ialah mat Sabu, dengan mencabar untuk berdebat tentang siu komunis dan siapa kah hero sebenar yang berjuang untuk kemerdekaan dari British. Walaubagaimanapun, ia ditolak oleh Mat Sabu.
Perdebatan antara Timbalan president dengan ketua pemuda UMNO yang lebih rendah kedudukan nya bukanlah satu protocol yang betul. Dalam mana2 keadaan, PAS mensasarkan ketua Khairy, Timbalan Menteri atau orang no2 UMNO Muhyddin Yassin. Khairy sepatutnya mencabar individu yang sama taraf dengan pangkatnya, dan pemimpin Pas telah menjemput beliau untuk berdenat dengan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Tantawi.
Dalam jawapn twitter nya, Khairy masih mendesak untuk berdebat denagn mat Sabu dan tidak mahu tokoh lain, alam masa yang sama mengelarkan Mat Sabu sebagai pengecut kerana tidak berani menyahut cabarannya. Dia tidak boleh menyalahkan sesiapa jika dia di cap sebagai kebudak-budakan,kerana ramai yang mempersoalkan kenapa beliau tidak berdepan sahaja dengan seseorang yang sama taraf dengan nya seperti Ketua Pemuda PAS?
Nasruddin Tantwai, bukan sahaja seorang yang di hormati,malah ramai yang berpendapat belaiu banyak berbakti keapda belia Melayu dan agenda partinya berbanding Khairy yang lebih glamour tetapi kosong Labs Pemuda BN.
Sebagai contoh, tuduhan yang dilemparkan kepada presiden UMNO PM Najib yang dikatakan menggunakan wang rakyat untuk percutian peribadi ke Perth, kenapa tiada desakan dari Pemuda UMNO untuk ketelusan? Adakah mereka takut kepada presdien hingga menggadaikan ketelusan dalam hal ini?
Terima kasih kepada KJ, Muhyiddin kini digelar bacul
Dalam perkembangan terbaru. Mat Sabu menunjukkan sebuah buku yang dicetak oleh Yayasan Warisan Johor, yang memetik MB Ghani Othman sebagai berkata salah seorang pejuang Johor ialah Mat Indera, pejuang kemerdekaan yang digelar sebagai pembelot oleh British dan UMNO tetapi di pertahankan oleh Mat Sabu dan Pakatan Rakyat.
Di pendahuluan buku tersebut, ketua Menteri menyatakan buku tersebut mendapat restu dari kerajaan Negeri Johor. Isi kandungannya member lebih sokokngan kepada dakwaan Mat Sbau berkenaan siapa pejuang kemerdekaan Negara yang sebenar dalam sejarah, yang bukan semuanya dari UMNO tapi dari berbagai kumpulanpecahan termasuk Putera-Amcja.
Sehingga kini, terpulanglah samada Muhyddin akan mencabar Mt sabu dalam debat kontroversi ini, atau teru-terusan di panggil bacul.seperti yang dilabelkan oleh Khairy keapda orang No.2 dalam PAS. Ini lah perangkap yang menjerat DPM walaupun deangan cara yang kurang bijak.Inilah kegopohan orang muda ,tanpa berfikir panjang.
PAS tiada niat membenarkan timbalan presiden nya berdenat dengan ahli politik yang lebih rendah tarafnya.Mungkin lebih baik bjika Khairy cuba mengelakkan Muhyddin dari bahaya,kerana Muhyddin diketahui seorang pemidato yang membosankan berbanding Mat Sabu,tetapi hakikatnya Khairy memburukkan keadaan untuk Muhyddin.
Pesaing lain telah dapat mengejarnya
Pada ketika ini Khairy bukan lah seorang yang sentiasa diikuti perkembangannya. Beliau perlu menjadi lebih matang dan dewasa. Nampaknya kareer politik Mat Sbau yang akan meningkat naik.
Jika saya jadi Khairy, saya akan berdiam diri.Hidup tidak seindah seperti ketika bapa mertua masih menjadi PM.
Jika tidak kerana kekayaannya, boleh kah beliau dikatakan mempunyai kelebihan berbanding Nasruddin, Nik Nazmi, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Zairil Khir Johari ,Gobind Singh Deo atau Anthony Loke, kesemuanya yang berperawakan lebih matang seperti penggubal undang-undang veteran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan