Jumaat, 16 September 2011

Anwar: Rakyat mahu tahu sejarah sebenar perjuangan


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara kini beradadi persimpangan sementara rakyat mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangankemerdekaan serta berhasrat menolak dongengan ciptaan pemerintah.

Selain itu katabeliau, para sarjana dan intelektual pula tidak boleh lagi tinggal diammembisu.

“Mereka harusbingkas bangun bersama rakyat keseluruhannya menjadi penyuluh menelusuri jalanmemaknai kemerdekaan dan membangun negara Malaysia ini,” kata Anwar dalamperutusan sempena sambutan Hari Malaysia esok.

Ketua UmumPakatan Rakyat ini menyentuh poin ketika wujud polemik mengenai pejuang-pejuangkemerdekaan dan juga persoalan sama ada negara ini benar-benar dijajah olehkuasa asing.

Sehubungan itukata beliau, antara tugas intelektual ketika ini menjadi suara menyatakankebenaran tanpa rasa takut.

“Kita masyhgulapabila wacana pensejarahan menjadi medan untuk mereka yang berkuasa menudingsiapa pengkhianat dan siapa yang bukan,” kata beliau.

Tegas Anwar, sewajarnyawacana pensejarahan sebegini sesuai sebagai pentas menyemak kembali faktamemperkaya pengetahuan rakyat, bukannya sebagai upaya politik murahan hattamengetepikan hakikat sejarah.

“Polemik MatIndera yang tercetus baru-baru ini menggasak pimpinan Umno bertindak balasdengan nada emosi,” kata beliau dengan merujuk kepada polemik mengenaikenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tentang tragedi Bukit Kepong.

“Retorikaseumpama pengkhianat dan tidak kenang budi dicanang seluruh negara sedangkanrujukan seperti karya berjudul Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan WarisanJohor serta disunting Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid dan Md Ismail Zam Zamitu menjelaskan Mat Indera antara mereka yang gigih menentang penjajahanBritish,” katanya.

Anwar jugaberkata, janganlah pula kerana kesediaan “kita menghargai kegigihan Mat Inderaitu, maka dilabelkan kita sebagai mendokong agenda komunisme.”

“(Sebaliknya) kitatuntas menolak apa sahaja bentuk fahaman yang membenarkan pemerintahan satuparti, membungkam suara mereka yang tidak sehaluan dan berlandaskan keganasan.

“Kita tuntasmengecam tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan nyawa mereka yang tidakberdosa,” kata beliau.

Ujar Anwar, sejarahmenunjukkan asakan komunisme dapat ditewaskan lantaran kekuatan muafakat terutamanyaumat Melayu termasuk Umno, PAS dan seluruh kekuatan rakyat.

“Maka amatdikesalkam manakala kemerdekaan berjaya dicapai, pihak penguasa kini cubamenafikan sumbangan mereka yang sudah berkorban nyawa, keringat dan harta demiperjuangan yang mulia itu.

“Berasaskanfaham itulah juga memperkukuh tekad kita mahu melakukan perubahan danmenumbangkan hipokrisi pimpinan Umno-Barisan Nasional,” kata beliau sambilmenambah, “manakala komunisme dimomokkan sebagai pengkhianat, pimpinanUmno-Barisan Nasional tidak segan silu pula curang kepada semangat kemderdekaanyang raih itu.”

Oleh itu katabeliau, persoalannya bagaimana kita menilai makna kemerdekaan itu.

“Apakah kitasudah bebas dari segala bentuk penindasan dan kezaliman?” katanya.

Malah kata Anwar,tiada gunanya dicanang laungan kemerdekaan sekiranya masih ramai yangterpinggir tatkala khazanah negara dikongsi kelompok kecil yang rapat denganpenguasa.

Oleh itu katabeliau, apa makna kemerdekaan jika Akta Keselamatan Dalam Negeri dan OrdinanDarurat masih diteruskan, bahkan digunakan pula untuk memenjarakan musuhpolitik.

“Kita rakyatMalaysia tidak mahu suatu pemerintahan yang sekadar menggantikan regimpenjajah, sekadar bertukar bekas sedangkan isi dicurah dan disisihkan.

“Oleh kerana itukita tuntas menuntut agar dikembalikan Semangat Kemerdekaan dan dipenuhi pulaMakna Pembentukan Negara Malaysia itu,” kata Ketua Umum PKR ini.

Kata beliau, sudahlama rakyat negara ini disogokkan dengan naratif sejarah yang dilakar olehsesetengah pihak sahaja.

Tambah Anwar, tujuanasal sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan disampaikan kepada generasiseterusnya ternyata menyimpang dari hala tuju yang sebenarnya.

“Sejarahdimanipulasi demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikanperjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan.

Mana mungkin,kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan,baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran kanan,” kata Anwar sambil menambah, mereka walaupun berbeda pandangan, hakikatnya punyaimatlamat yang sama iaitu mahu tanah air merdeka dari penjajah.

Oleh itutegasnya, adalah suatu keangkuhan sekiranya “kita menafikan sumbangan golongantertentu menuntut kemerdekaan hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan kita.”

“Jikalau kitajujur berhadapan dengan sejarah, ternyata selain dari Dato’ Onn dan Tunku AbdulRahman, ramai lagi seumpama Dr Burhanuddin al Helmi, Ishak Haji Muhammad, V.TSambathan, Tan Cheng Lock, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah ternyata gigih menentang penjajahan terutamanya penjajahan British,” katabeliau

Tiada ulasan: