Selasa, 28 Jun 2011

Video Klip Dato Johari Abdul Akui Anwar Pelaku Video Seks Tersebar.

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Satu lagi klip Video tersebar hari ini yang di kaitkan dengan klip video seks membabitkan kepimpinan Pakatan Rakyat. Klip Video bertajuk "Johari Abdul Pun Kata Itu Anwar Ibrahim" sepanjang 1 minit 59 saat yang di upload melalui akaun You Tube Padi1Jantan di keluarkan oleh Blog www.papagomo.com pada jam 10.00pagi tadi dan kemudiannya di susuli oleh blog blog pro Kerajaan yang lain.

Dalam video tersebut memaparkan ketiga tiga Trio iaitu tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato Shazrly Eskay dan Dato Shuib Lazim menerima kunjungan Dato Johari Abdul yang seterusnya di pertontonkan video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dato Johari Abdul yang di lihat menyaksikan video berkenaan mengeluarkan kenyataan "Bukan pasal Anwar Tapi sin tu" sambil di ikuti gelak ketawa semua yang berada di dalam bilik tayangan video di lakukan.

Di dalam rakaman video itu juga turut kelihatan Dato Shazrly Eskay menunjukkan seutas jam tangan yang di bungkus di dalam plastik kepada Dato Johari Abdul yang di percayai Jam Omega milik Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah pun di serahkan kepada pihak Polis dalam penyiasatan.

Cubaan untuk menghubungi Dato Johari Abdul waktu ini Gagal bagi mendapatkan penjelasan beliau mengenai pendedahan Video Klip terbaru ini.

Tiada ulasan: