KUALA LUMPUR – Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa polis melanggar keistimewaan wakil rakyat dengan muncul di Parlimen untuk mendapatkan keterangan anggota Dewan Rakyat Pakatan Rakyat berhubung Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.
Ahli Parlimen veteran itu (gambar) berkata, beliau tidak pernah menyaksikan persekitaran sedemikian sepanjang empat dekad menjadi wakil rakyat.
“Saya terkejut dan tersinggung apabila mendapati polis hadir di Parlimen hari ini untuk mengambil kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS–Jerai),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan