MALAYSIA KINI
Ahli parlimen Pakatan Rakyat - Teresa Kok dan Mohd Firdaus Jaafar - turut menyertai senarai ahli politik dan aktivis politik yang dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan lawal hari ini, Teresa (kiri) - yang juga setiausaha organisasi DAP - dijadualkan memberi keterangan pada jam 3 petang di ibupejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Mohd Firdaus - ahli parlimen PAS Jerai - telah memberi kenyataan kepada polis Petaling Jaya semalam bersama dengan timbalan presiden PKR, Mohd Azmin Ali.
Timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin turut memberi kenyataan pagi ini.
Tindakan keras terhadap gabungan itu, yang menuntut pilihan raya bebas dan adil, menyaksikan 14 orang ditahan - termasuk dua ADUN PKR dan DAP - di Perak pagi ini.
Beberapa jam kemudian, kira-kira 20 anggota polis menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.
Beberapa aktivis terkemuka turut dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis hari ini.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah; aktivis sosial Hishamuddin Rais; pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty, dijadualkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur petang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan