Selasa, 28 Jun 2011

Kepada UMNO dan PDRM. Kalau kami kata begini, macamana?

Oleh: umnopenipu

"Perhimpunan BERSIH kini menjadi subjek igauan di siang hari kepada pemimpin-pemimpin UMNO. PERKASA yang merupakan cawangan UMNO yang berwajah munafik tulen dipergunakan secara maksimum oleh UMNO untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada mereka.

Melihat telatah dan lakonan hodoh kedua-kedua entiti durjana ini, kami dengan penuh yakin dengan teori yang menyatakan peristiwa 13 Mei adalah angkara makar UMNO. PDRM pula bertindak sebagai 'bouncer'. PERKASA menghasut, mengapi-api, dan mencabar kaum-kaum lain.

Mereka mengeluarkan kenyataan yang amat biadap malah durjana. Tetapi PDRM atau KDN tersenyum anjing dan bertepuk tangan dengan permainan PERKASA.

Kami ingin bertanya kepada PDrM dan Hishamuddin beberapa soalan.Perlu ditegaskan ianya sekadar soalan sahaja.

Jika boleh PDM dan/atau KDN jawablah secara' gentlleman". Soalan-soalan kami ialah KALAU kami dari pihak bukan UMNO/PERKASA mengeluarkan kenyataan-kenyataan di bawah seperti:

1.Kami akan melancarkan jihad ke atas UMNO

2. Kami minta semua ahli UMNO jangan keluar rumah kerana kami akan lanyak kamu sampai kamu pengsan atau .......

3. Kamu Najib Tun Razak atau Muhyidin Yasin adalah Melayu yang membahayakan keselamatan agama,bangsa dan negara

4. Kamu PDRM adalah organisasi pengganas yang membunuh tahanan politik yang tidak bersalah

Apakah kami akan dikenakan ISA apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti di atas.

Kalau jawapannya 'ya' maka kami tidak berhasrat untuk menyatakannya.

Tetapi kenapa kamu tidak buat apa-apa pada PERKASA dan Abraham Eli? Jika jawapan kamu 'tidak'. maka kami berhasrat untuk mengeluarkan kenyataan yang lebih pedas dari ini kepada kamu tetapi ianya benar dan nyata beserta dengan bukti-bukti yang kamu sendiri tahu.

Contohnya kematian Ibrahim Libya dan lain-lain. Oleh itu kami mohon PDRM atau KDN menjawab kemusykilan kami. Terima kasih.

"

Tiada ulasan: