Selasa, 28 Jun 2011

Solat Hajat dan Pidato Khas 29 Jun di Stadium Malawati

Ismail Hashim


SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) akan berucap dalam program Solat Hajat dan pidato khas bakal diadakan 29 Jun (Rabu) bermula 7.30 malam di Stadium Malawati, dekat sini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, jumlah kehadiran dijangka menjangkau 40,000 hingga 50,000.

Ini kerana, ujarnya, rakyat ingin mendengar perkembangan semasa daripada pimpinan Pakatan Rakyat sendiri setelah berbagai berita dimanipulasikan oleh media milik Umno BN.

Beliau memaklumkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman juga turut serta.

Selepas solat hajat, mereka berdua akan berucap sebelum Mohamad mengambil tempat untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, Dr Rani akan mengimamkan sendiri solat hajat yang diadakan di kawasan arena dalam stadium tersebut.

Program ini bermula pada pukul 6.30 petang lagi dengan ketibaan tetamu dari seluruh negeri dan diikuti solat Maghrib berjemaah.

Pada jam 7.50 malam diadakan tazkirah yang disampaikan oleh wakil Dewan Ulamak negeri, solat Isyak bersama-sama pada pukul 8.35 malam diikuti solat hajat.

Jam 9.10 malam, pidato bermula dengan hadirin akan dapat mendengar ucapan Ustaz Nasrudin, wakil PKR dan DAP serta Dr Rani sebelum acara kemuncak, ucap tama dari Mohamad.

Penganjur berharap semua hadirin dapat datang seawal mungkin dan juga diminta untuk membawa kain sejadah sendiri.

Tiada ulasan: