Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN. “Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan. “Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat. “Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya. Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan. |
Rabu, 29 Jun 2011
Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan