KUALA LUMPUR: Khuatir kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini, Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka, terpaksa ditangguhkan kepada 1 Oktober.
Penundaan itu tidak dapat dielakkan berikutan kemungkinan tunjuk perasaan besar-besaran daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang turut diadakan pada tarikh berkenaan.
Bahkan, penundaan itu dilakukan atas nasihat pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku ketika konsert itu berlangsung.
"Disebabkan lokasi konsert ini terlalu strategik di Kuala Lumpur, kami bimbang konsert ini akan mencetuskan suasana yang memudaratkan kepada penonton.
"Selepas mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa, kami mencapai kata sepakat bahawa konsert itu terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan yang sememangnya menjadi keutamaan selaku penganjur dan tarikh baru akan berlangsung pada 1 Oktober di Stadium Merdeka," katanya pada sidang media yang diadakan, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan