Rabu, 29 Jun 2011

Bersih: Baju kuning bersalah?

SINAR HARIAN ONLINE

Dewan Pemuda Pas Pusat (Malaysia) terkejut dengan pelbagai laporan media massa berikutan rakyat yang mula memakai baju kuning hinggakan ditangkap oleh pihak Polis serta dianggap bersalah menjual baju kuning kerana akan menggugat keselamatan negara kita.

Tidak termasuk ada sesetengah pihak menghalang pemakaian baju kuning di dalam Masjid amat dikesali. Kami melihat sindrom terlalu ketakutan seperti ‘bayang-bayang sendiri’ jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah mandat utama rakyat dan berani berdepan dengan rakyat jika tidak melakukan kesalahan.

Jika rakyat memakai baju kuning adalah menjadi satu kesalahan dan ianya bermakna pada hari Rabu ini, 29 Jun di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang melibatkan Pasukan Bolasepak Pra Piala Dunia Malaysia yang akan bertemu dengan Negara China Taipei bahawa penyokong dan peminat yang ingin hadir ke stadium tidak dibenarkan memakai baju kuning mereka? Jika pihak Polis melihat dengan pemakaian baju kuning boleh dikatakan ianya akan menjejaskan keselamatan Negara, sudah tentu penyokong bolasepak negara tidak dibenarkan memakainya.

Tetapi jika pihak Polis memberikan jaminan mereka, kami berharap kita semua dapat penuhkan ruang di dalam stadium nanti dengan memakai baju kuning demi cintakan negara kita. Kami berharap tiada tangkapan selepas selesai perlawanan bolasepak itu nanti kerana memakai baju kuning tersebut.


RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda Pas Malaysia

Tiada ulasan: