Aidila Razak
Kerajaan Selangor mahu mengurangkan margin keuntungan kontraktor bagi projek-projek infrastruktur kerajaan negeri - daripada 30 peratus kepada hanya 7 peratus - untuk menghapuskan golongan penghisap keuntungan atas angin.
Mengumumkan demikian di sesi dialog Bajet 2012 pagi ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau sedang berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara ini dan berharap dapat menjadikannya satu dasar.
"Saya telah bertemu (JKR) tetapi perbincangan kita perlu
diterjemahkan kepada surat pekeliling (bagi penjawat awam). Terdapat beberapa masalah yang kita perlu selesaikan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, 30 peratus margin keuntungan mungkin munasabah untuk berdepan dengan risiko lewat menerima pembayaran daripada kerajaan 20 tahun lalu, tetapi kini ia telah dikurangkan ekoran peningkatan kecekapan kerajaan negeri dalam menguruskannya. Dalam ucapan perasmiannya, Khalid berkata margin keuntungan yang besar akan membolehkan kontraktor untuk sub-kontrak kerja-kerja mereka dan masih boleh "mengaut 15 peratus keuntungan tanpa berbuat apa-apa".
Katanya, Pakatan mahu menghapuskan golongan penghisap keuntungan atas angin, yang menimbulkan masalah sosial dan politik kerana menurutnya, amalan tersebut telah bertukar menjadi menjadi 'kepakaran korporat' untuk parti-parti politik seperti MCA.
"Aset MCA adalah RM2 bilion hingga 3 bilion, (walaupun ia) hanya... sebuah parti politik," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan