Ahad, 15 November 2009

Rumah rosak terkena angin jet tentera AS

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Sebuah rumah di Kampung Setol, Pulau Pinang mengalami kerosakan atap dan dinding selepas jet pejuang jenis F-15 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) melakukan penerbangan rendah di Pangkalan Udara Butterworth, 11 November lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kamarulzaman Ali, berkata kejadian pada kira-kira jam 3 petang ketika pesawat terbabit berlepas dari pangkalan untuk menjalani misi latihan.

"Difahamkan, kedudukan rumah itu agak hampir dengan hujung landasan. Ada kemungkinan kerosakan itu berpunca dari tekanan angin dan kuasa supersonik yang terhasil ketika pesawat melakukan penerbangan taktikal sejurus berlepas," katanya ketika dihubungi semalam.

Tiada ulasan: