Muhammad ke Tanah Suci tanpa ibu bapa
Oleh Nik Sukry Ramli
KUALA LUMPUR: "Perasaan gembira dan sedih bercampur dalam hati untuk menunaikan ibadat haji ini. Gembira kerana dapat sekali lagi menjejak kaki ke Tanah Suci pada masa sama sedih kerana saya ke sana tanpa ditemani ibu bapa," kata Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Muhammad Ahmad Zahid, 14, ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
Beliau yang sering muncul di kaca televisyen untuk memperdengarkan azan Zuhur dan Asar serta rancangan Mari Bertarannum terbitan TV9, dan slot khas bacaan Surah Yasin di Astro Oasis, menerima tawaran menunaikan ibadat haji itu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai hadiah atas kemenangannya itu.
Selain itu, Muhammad yang bertolak awal pagi tadi, turut dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Anugerah Khas Saidina Ali oleh kerajaan Selangor tahun ini.
Bapanya, Ahmad Zahid Zainal Abidin yang bertugas sebagai Penasihat Undang-Undang dan ibunya, Dr Siti Khadijah Fadzil seorang doktor gigi menyifatkan anak sulung mereka itu amat bertuah dan istimewa.
Ahmad Zahid berkata, suasana persekitaran banyak membentuk Muhammad menjadi seorang anak yang patuh dan bercita-cita tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan