Sabtu, 28 November 2009

1,000 hadiri taklimat Liow

Kuek Ser Kuang Keng


Lebih 1,000 menghadiri sesi taklimat oleh naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang Pagi ini.

Tema taklimat tersebut adalah '1128, satu permulaan baru'.

Kerusi yang disediakan tidak mencukupi dan kerusi tambahan terpaksa dibawa masuk ke dalam dewan tersebut untuk menampung jumlah hadirin.

Tetapi tidak diketahui berapa ramai perwakilan yang hadir kerana sesi taklimat itu bukan perhimpunan agung, maka para hadirin tidak perlu mendaftar.

mca liow faction briefing crowdSelain pemimpin yang menyokong Liow dan serta tiga pemimpin yang meminta EGM diadakan, turut kelihatan ialah beberapa pemimpin lain termasuk naib presiden, Tan Kok Hong yang dilihat mengambil bersikap 'atas pagar' dalam krisis MCA, serta bekas setiausaha agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Malah, Ong turut menyediakan ucapan bertulis dalam bahasa Cina yang bertemakan "MCA melangkah ke hadapan'.

Kandungannya sepeti manifesto pemilihan. Sebelum ini tercetus spekulasi beliau akan bertanding jawatan tinggi parti dalam pemilihan baru yang akan diadakan nanti, dan perhimpunan hari ini menjadi gelanggang yang paling sesuai untuk beliau melancarkan "kempennya".

Risalah yang mengandungi komentari khas dalam akhbar Sin Chew Daily, turut diedarkan kepada pada hadirin. Komentari itu menyifatkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai "presiden paling teruk dalam sejarah MCA".

Sesi taklimat bermula jam 10.30 pagi.

Tiada ulasan: