Jumaat, 20 November 2009

Pengacara TV mengaku khalwat

BERITA HARIAN ONLINE


PETALING JAYA: Pengacara program mistik, Expose:Mistik, Hairi Shahrizal Mustafa, 25, semalam didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mengaku bersalah berkhalwat bersama penolong penerbit rancangan, Ziffa Zubir, 28.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad membuat keputusan itu selepas Hairi dan Ziffa mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat selepas tuduhan dibacakan ke atas mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Hairi dituduh berkhalwat dengan Ziffa, yang juga tunangnya, di apartmen sewaan wanita itu yang terletak di Bandar Seri Damansara, Petaling Jaya, antara jam 1.35 hingga 2.07 pagi, pada 30 Mei 2009.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Selangor 1995 untuk lelaki dan Seksyen 29(1)(b) untuk wanita, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000.

Menurut fakta kes, Hairi sanggup menyabung nyawa dengan menyeberangi balkoni di tingkat lima ke rumah jiran ketika melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan tubuhnya hanya berbalut dengan kain langsir dari paras pinggang ke lututnya.

Tiada ulasan: