Ahad, 22 November 2009

Penantian Penduduk Setinggan Bukit Botak Kini Berakhir

TV SELANGOR


Hanya titisan air mata dapat menggambarkan betapa peritnya penantian penduduk setinggan Bukit Botak yang pernah dijanjikan rumah buat mereka.

Setelah pelbagai janji ditaburkan oleh UMNO-Barisan Nasional bermula dengan pemerintahan Datuk Ahmad Razali Mohd Ali selaku Menteri Besar Selangor sehinggalah kepada pemerintahan Datuk Seri Khir Toyo, namun penantian itu acapkali berakhir dengan kekecewaan.

Namun apabila Pakatan Rakyat mengambil-alih Selangor, Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya menghidu penyelewengan projek tersebut lalu membongkarkannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Malah kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu kini dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan sekian lama itu.

“ Harapan supaya benar-benar projek ini berjalan. Semua penduduk mengharapkannya, Oleh kerana kita menunggu berpuluh tahun, tidak pernah berjaya dalam projek ini”

“ Saya Saadiah Ahmad, balu, suami saya telah meninggal. Perit sangat menunggu, duduk di rumah sewa. Dapatlah dibuat rumah kita seperti yang dijanjikan dulu. Menanggung anak yatim enam orang, terasa perit sangat”

“ Saya rasa kali ini kalau setuju, memang boleh dapat. Sebelum ini ada mesyuarat, dan mereka juga sudah datang tengok, saya rasa memang jadi. Mereka panggil kita datang hari ini dan kita pun isi borang untuk buat projek ini”

“ Kita tidak setuju dia mahu ambil tanah kita. Kalau kerajaan tidak boleh buat dan rugi, bagi kepada kita tanah. Bagi kita sendiri buat rumah”

Sementara itu bagi generasi muda yang melihat sendiri kesusahan ibu bapa masing-masing memperjuangkan tanah Bukit Botak berikrar akan terus memperjuangkan hak mereka.

“ Harapannya adalah untuk memperjuangakan apa yang diperjuangkan oleh orang-orang tua kita yang terdahulu. Di mana mereka telah meneroka Bukit Botak dari dulu sehingga kini”

Kerajaan negeri Selangor dalam mesyuarat sebelum ini telah memutuskan akan mengambil alih projek berkenaan dan memerlukan masa 24 bulan untuk menyediakan rumah kepada penduduk setinggan Bukit Botak.

Malah kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu memberikan kebebasan kepada penduduk setinggan Bukit Botak melantik kontraktor mereka sendiri.

Tiada ulasan: