Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Rundingan antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) tidak tergugat, meskipun parti itu menjalin persefahaman dengan
Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan satu lawan satu pada pilihan raya
akan datang.
Malah menurut Naib Presidennya Dr Idris Ahmad, perbincangan masih
diteruskan kerana PAS belum membuat keputusan rasmi mengenai perkara
itu.
Kedua-dua pihak setakat ini masih tidak menyatakan secara jelas mengenai rundingan berkenaan.
"(Perbincangan) dengan PPBM masih lagi kita dengan dia ada perundingan-perundingan, tak bincang apa benda pun.
"Dengan BERSATU (PPBM) kita masih belum buat keputusan," katanya kepada Antarapos.
Sebelum ini, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah beberapa kali
mengadakan pertemuan bersama PAS, namun tidak pernah mendedahkan hasil
perjumpaan tersebut.
Muhyiddin dikatakan cuba menjadi 'orang tengah' untuk memujuk PAS
bekerjasama dengan pembangkang yang lain bagi membolehkan pertandingan
satu lawan satu dengan Umno-Barisan Nasional (BN).
Tetapi PAS tetap menegaskan bahawa kerjasama berkenaan tidak akan
berlaku kerana tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan DAP dan
parti serpihannya, Amanah.
Ketika ditanya mengenai tarikh PAS untuk bawa hasil pertemuan dengan
PPBM kepada PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama (MSU), Idris tidak dapat
mengesahkan perkara tersebut tetapi ujarnya, satu mesyuarat parti akan
diadakan pada bulan Januari.
"Kita belum ada mesyuarat lagi, mesyuarat bulan depan," jawab beliau ringkas.
Selasa lalu, pembangkang mengikat perjanjian untuk meletakkan satu
calon mewakili gandingan itu untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Persefahaman itu memutuskan 'formula' yang digunapakai antara PH dan
PPBM bersabit pembahagian kerusi berdasarkan prinsip kebolehmenangan
seseorang calon itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan