Sabtu, 22 Februari 2014

EGM MCA Ahad ini mungkin tidak sah, kata pengkritik

Oleh EILEEN NG


Mesyuarat agung luar biasa MCA yang diadakan pada tahun lalu untuk menetapkan sama ada pemimpin MCA perlu menyertai barisan Kabinet atau tidak. Gambar fail.Mesyuarat agung luar biasa MCA yang diadakan pada tahun lalu untuk menetapkan sama ada pemimpin MCA perlu menyertai barisan Kabinet atau tidak. Gambar fail. 


























Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA Ahad ini untuk mendapatkan sokongan ahli agar pemimpinnya boleh kembali memegang jawatan kerajaan boleh menjadi tidak sah kerana notisnya tidak mengikut peraturan, kata pengkritik.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menggunakan kuasanya sebagai presiden sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan parti itu untuk memendekkan notis panggilan mesyuarat kepada tujuh hari sahaja untuk membolehkan perwakilan mengundi resolusi 3-dalam-1 untuk menyertai semula kerajaan Barisan Nasional di peringkat pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, perlembagaan MCA itu menyatakan memendekkan notis itu hendaklah dibuat melalui satu resolusi dalam EGM, di mana ia tidak dinyatakan dalam notis yang dihantar kepada perwakilan.

Namun, pembetulan itu hanya dinyatakan dalam program di mana pengkritik berkata ia tidak betul.
"Jika mereka teruskan EGM tanpa resolusi yang spesifik untuk membetulkan arahan presiden, maka resolusi 3-dalam-1 itu akan bercanggah dengan perlembagaan.

"Ia boleh menyebabkan EGM ini terbatal," kata peguam yang juga timbalan pengerusi biro Negeri Sembilan, Tan Foong Luen kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, ada juga ahli yang tidak senang dengan keputusan parti untuk mengadakan EGM.

Semalam, kira-kira 10 ahli MCA membuat protes dengan duduk dan menaikkan poster di depan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur mendesak bahawa masa tidak sesuai lagi untuk pemimpin mereka menerima jawatan Kabinet.

Bekas presiden Datuk Seri Chua Soi Lek dan bekas naib presiden Gan Ping Sieu juga melahirkan rasa tidak senang mereka dengan masa untuk mengadakan EGM, kerana ia boleh mengganggu persiapan MCA untuk hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini di samping cara resolusi 3-dalam-1 disediakan.

Bagaimanapun, Ketua Biro Undang-undang MCA, Tay Puay Chuan menolak pandangan Tan dengan mengatakan proses untuk memperbetulkan notis yang pendek dinyatakan dalam program dan ia  dihantar kepada semua perwakilan bersama notis EGM.

"Perkara pertama yang akan kami buat adalah memperbetulkan notis singkat sebelum memulakan pengundian untuk resolusi.

"Saya tidak nampak sebarang sebab untuk mengatakan notis ini tidak betul atau EGM ini tidak sah," katanya.

Tan bagaimanapun berkeras berkata, perkara itu perlu menjadi sebahagian daripada agenda EGM dan mesti dimasukkan ke dalam, bukannya dalam program.

"Program bukan resolusi, mereka salah jika melakukan ini," katanya.

EGM Ahad ini diadakan selepas empat bulan EGM pada 20 Oktober lau diadakan di mana ahli menyokong menyertai kerajaan di peringkat negeri dan kerajaan tempatan tetapi menolak pemimpin mereka menerima jawatan Kabinet.

Parti senior dalam BN itu memutuskan untuk tidak memegang sebarang jawatan kerajaan selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, iaitu hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang mereka tandingi.

Tiada ulasan: