Sabtu, 4 Januari 2014

SPRM dipersilakan siasat pembelian Mercedes

1488059_748941005136003_1154889320_n


GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dialu-alukan menyiasat pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini mengulas laporan portal berita FZ.com bahawa terdapat kemungkinan pembelian kereta rasmi Ketua Menteri itu disiasat SPRM.

“Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang

“Kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” ujarnya.

Beliau turut berkata bahawa hanya di negara ini badan penyiasatan rasuahnya akan merasa seakan harus menyiasat kenapa kereta yang dibeli dengan nilai diskaun dan menjimatkan wang rakyat.

“Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah “bersih” kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah,” katanya lagi.

Beliau juga katanya tidak terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 namun membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara. – Roketkini.com

Tiada ulasan: