Rabu, 15 Januari 2014

Selesaikan tiga kriteria sebelum SPR cadang persempadanan semula

Basyar Abkadir
Wong_Chen

KUALA OUMPUR : Tiga kriteria utama perlu ditekankan Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, kata ahli parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

“Pertama, bagi semenanjung Malaysia yang perlu diberi penekanan ialah jurang perbezaan pengundi antara parlimen. Ia perlu dikurangkan sebanyak 15 peratus.

“Sebagai contoh, parlimen Kapar mempunyai 150,000 pengundi, manakala Alor Setar 70,000 pengundi. Perbezaan ini melebihi 50 peratus,” kata Wong kepada Keadilandaily.

Tambahnya, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen.

“Bagi Sabah dan Sarawak, kita tekankan kerusi parlimen dikekalkan 26 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi 222 kerusi Parlimen.

“Bermakna sekurang-kurangnya 57 kerusi Parlimen (di Sabah dan Sarawak) harus dikekalkan,” kata Wong Chen.

Dalam pada itu, Wong, satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga Majlis Perbandaran.

“Lebih daripada dua majlis perbandaran akan menyusahkan. Wakil rakyat berkomunikasi dan berunding dengan terlalu banyak PBT.

“Selain itu ia akan menimbulkan kekeliruan perbandaran mana yang bertanggungjawab,” ujarnya.
KEADILAN pada 17 Julai 2013 menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji segala maklumat dan sistem berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Selain Wong Chen, antara yang terlibat ialah Datuk Mansor Othman, pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Tiada ulasan: