Sabtu, 11 Januari 2014

Rampasan Bible : NGO Selangor Berkumpul Sokong Tindakan JAIS

Rakyat News

Hafiz Roslan 


SHAH ALAM  - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor hari ini berarak dari Masjid Negeri dan berhimpun di hadapan Bangunan Sultan Idris Shah bagi menyerahkan memorandum tanda sokongan kepada terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengerusi Sekretariat, Datuk Jamal Md Yunos berkata, NGO di Selangor menyokong tindakkan JAIS menguatkuasakan Enakmen Syariah Negeri Selangor kerana selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Negeri dan Agama Islam.

“Kepimpinan NGO juga yakin dan percaya bahawa tindakan yang dilakukan itu adalah berdasarkan peruntukkan perundangan yang menjadi bidang kuasa JAIS dan penguatkuasa bertindak berdasarkan keperluan penguatkuasaan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh campur tangan mana-mana parti politik.," katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil JAIS.

Jelasnya lagi, NGO Selangor mahu penguatkuasaan  dijalankan mengikut peruntukkan perundangan sedia ada untuk mempertahankan kesucian Islam dan menangani segala usaha yang boleh mengugat kedudukan serta kesucian Agama Islam sebaiknya.
 
Rakyat News
 
“Kepimpinan NGO juga berharap agar kerajaan negeri Selangor tidak mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja serta tindakan JAIS merampas cetakkan kitab bible bahasa Melayu sehingga menafikan peruntukkan perundangan yang sedia ada.

“Kepimpinan NGO mendesak agar pihak JAIS dan Polis harus menyiapkan laporan siasatan dengan segera dan mendakwa paderi Lawrence Andrew kemuka keadilan,” ujarnya.

Tambah Jamal, pihaknya mengutuk sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat lebih mengambil pertimbangan politik dan tidak mempedulikan agama Islam di negeri Selangor.

Sebelum itu, selepas selesai solat Jumaat, Jamal telah menyerahkan memorandum sokongan kepada Sultan Selangor di Masjid Negeri.

Tiada ulasan: