MALAYSIAKINI
PKR memberi amaran perhimpunan besar-besaran jika
beberapa individu terkemuka tidak disiasat selepas pindaan Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijangka pada Mac
depan.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ini kerana SPRM sebelum ini berkata mereka tidak dapat mengemukakan kes yang kukuh terhadap orang kenamaan kerana kelemahan akta.
“Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya untuk reformasi pilihan raya, tetapi rasuah musuh nombor satu negara dan banyak masalah berpunca daripada rasuah,” katanya dalam sebuah forum antirasuah di Kuala Lumpur malam tadi.
“Ini amaran awal kepada kerajaan dan SPRM. Jika mereka tidak uruskan (rasuah) dengan baik, orang ramai akan marah dan berarak di jalan raya.”
“Kita bermula dengan jalan rundingan tetapi Mac ini, selepas undang-undang dipinda dan menteri-menteri masih tidak didakwa, saya pasti ada antara kita yang akan menjadi penghasut.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan