Jumaat, 10 Januari 2014

Penghakiman Bersih 3.0 atas semangat Perlembagaan, jamin hak berhimpun

KEADILAN DAILY

 

Amir_Sari


KUALA LUMPUR : Rakyat tidak perlu gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) untuk menakutkan dan menafikan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adun Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, keputusan mahkamah hari ini yang melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima yang lain dari tuduhan mengambil bahagian dalam himpunan Bersih 3.0 adalah precedent (dahuluan) bagi kes susulan berkaitan.

“Jelas sekali mahkamah bertindak berasaskan tuntutan Perlembagaan yang memaktubkan hak untuk berhimpun sebagai hak asasi rakyat di negara.

PERLEMBAGAAN

“Penghakiman hari ini merupakan satu isyarat yang baik buat rakyat,” kata Amiruddin dalam kenyataannya.

Katanya, keputusan tersebut membuktikan peruntukan yang termaktub dalam PAA bersifat autokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang menjamin kebebasan berhimpun.

Mahkamah Rayuan minggu lalu memutuskan bahawa perintah majistret Kuala Lumpur, Zaki Asyraf yang melarang perhimpunan ‘Bersih 3.0 Duduk Bantah’ sebagai tidak sah.

“Sehubungan itu, rakyat tidak perlu lagi gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang sering menggunakan akta tersebut untuk menakutkan dan menafi hak kebebasan berhimpun yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Amiruddin.

Tiada ulasan: