Khamis, 9 Januari 2014

Pengerusi SMM dipanggil polis bantu siasatan himpunan Turun

KEADILAN DAILY

ADAM
KUALA LUMPUR : Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Bukhairy Sofian dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka malam tahun baru 2014 lalu.

Menurut Bukhairy, kandungan notis memaklumkan beliau kini disiasat engikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dan diminta hadir jam 3 petang esok di ibu pejabat polis Dang Wangi.

SMM merupakan salah satu dari penganjur himpunan Turun malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka yang menghimpunkan lebih 10,000 peserta.

Selain SMM, turut dinamakan sebagai penganjur ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Dalam pada itu, pendengaran kes saman kerajaan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) bersambung jam 10 pagi esok di tingkat 3, Kompleks Mahakamah Jalan Duta.

bersih 3.0

Kerajaan menyaman Bersih dengan menamakan bekas pengerusi Datuk Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa penganjur untuk menuntut ganti rugi RM122,000 kerana dikatakan gagal mengawal perhimpunan pada 28 April 2012 menyebabkan 15 kenderaan milik kerajaan rosak.

Dalam saman. kerajaan menyatakan defendan bertanggungjawab memastikan perhimpunan tidak menyebabkan kerosakan kepada harta benda, mengikut Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), kesemua

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K Arumugam, S Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Won dan Andrew Khoo.

Tiada ulasan: