Ahad, 12 Januari 2014

Nik Aziz seru sokongan penuh kepada penggantinya

THE MALAYSIAN INIDER

 
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minta ahli PAS beri sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub. Gambar fail.Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minta ahli PAS beri sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub. Gambar fail. 




































Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua ahli PAS memberikan sokongan penuh kepada pengganti beliau Datuk Ahmad Yakub yang kini menjadi Menteri Besar Kelantan.

"Beliau merupakan anak murid saya yang sejati. Segala gerak-geri saya sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat," katanya mengenai Ahmad yang menggantikan beliau, dipetik daripada Utusan Malaysia.

Nik Aziz menjadi menteri besar Kelantan selama 23 tahun. Ketika pentadbirannya, Kelantan berbangga kerana tidak ada seorang pun pemimpinnya yang bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Ramai termasuk beliau yang cuba difitnah tetapi dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dikawal Putrajaya.

Dalam wawancara itu, Nik Aziz meminta semua ahli PAS menyokong pengganti beliau kerana Ahmad menjadi timbalannya sudah lama dan semua masalah serta urusan khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau yang jawab.

"Daripada segi dasar atau polisi mana boleh sama, kita kena ikut perkembangan semasa. Dia cara dia, saya cara saya, namun saya beri sokongan sepenuhnya kepada beliau," kata Nik Aziz dalam wawancara itu.

Nik Aziz yang kini berumur 83 tahun pada 10 Januari lalu terpaksa hidup dengan beg plastik putih yang mempunyai saluran kecil ke tubuhnya.

Difahamkan beg yang disediakan oleh hospital itu untuk menyalurkan air kencing, lapor Utusan.

Ketika ditanya, bagaimana kesihatan beliau, Nik Aziz berkata:"Alhamdulillah."

"Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu tukar lagi kerana masih molek.
Bateri ini kurang bekerja kerana tidak begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah.

"Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini menyebabkan saya kena bawa beg (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke mana-mana," katanya.

Beg itu, katanya, perlu ditukar seminggu sekali di hospital atau doktor yang bertugas datang ke rumahnya.

"Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tidak perlu tukar cuma kena cuci dulu. Tidaklah sampai perlu cuci lima kali sehari. Saya cuci bila perlu, sekurang-sekurangnya sekali sehari. Alhamdulillah, tidak menganggu saya beribadat," kata ulama yang sangat dihormati itu.

Tiada ulasan: