Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak
KELAB GREENBOC
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.
Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.
"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.
"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.
Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.
Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia.
"Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?
"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.
Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.
"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat.
"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.
Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah
Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.
“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.
Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.
“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.
Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.
“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata. -mk
ULASAN GB
BUGHAH - istilah yang digunakan oleh Mufti Perak sebagai alasan menghalalkan darah para pseserta TURUN.
Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)
Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)
Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;
“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). yes'> Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”.... -petikan lamanweb JAKIM
Jika dsitnjau daripada maksud bughah di atas amat nyata kenyataan Mufti Perak itu kesasar dan amat merbahaya. Ini kerana pemberontakan yang dimaksudkan adalah terhadap kerajaan dan pemerintah yang menjalankan hukum-hukum dan syariat Islam. Apakah UMNO sebuah kerajaan yang menjalankan hukum-hukum dan syariat Islam sedang amat jelas bahawa UMNOlah parti yang menentang perlaksanaan hukum-hukum dan syariat Islam di negara kita selama ini. Baca kenyataan PM dan bekas PM UMNO ini:
Kedua, "fatwa" mufti berkeanaan jelas amat merbahaya kerana ia mengajak kepada "peperangan" dan pertumpahan darah sesama umat Islam di negara ini. Justeru itu "fatwa"nya itu lebih dasyat dan lebih buruk daripada perhimpunan TURUN tempohari yang lansung tiada menyeru kepada sebarang pertumpahan darah.
Ketiga, kenyataan mufti tersebut saling tak tumpah dengan kenyataan para ulamak upahan kudeta Mesir di bawah pimpinan Al-Sisi yang menghalalkan perang ke atas Ikhwanul Muslimin yang selama ini mengadakan perhimpunan aman tanpa senjata.
Keempat, sekalipun kenyataan Mufti itu berbaur hasutan dan merbahaya tetapi kerajaan yang ada tidak akan mengambil tindakan ke atasnya kerana kenyataan mufti itu menguntungkan UMNO.
Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap akan berjalan. Kita akan dapat menyaksikan kenyataan mufti itu songsang dan UMNOlah yang sedang dan akan terus mengalami kepupusan tanpa perang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan