Ahad, 5 Januari 2014

Marina Mahathir sertai himpunan pertahan penganut Kristian

MALAYSIAKINI




 Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan rancangan satu kumpulan NGO Islamuntuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini.

Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian.

Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah.

Kumpulan Solidariti Ummah Selangor bagaimanapun mengubah rancangan dan hanya berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman bersama kira-kira 100 orang peserta pagi ini, serentak dengan perhimpunan di hadapan gereja tersebut.

Tiada ulasan: