Khamis, 23 Januari 2014

Manfaatkan portal 1Pengguna.com untuk semak harga, kata Najib

THE MALAYSIAN INSIDER

 



















Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata orang ramai boleh manfaatkan portal http://1Pengguna.com (gambar) untuk menyemak harga barang harian di seluruh negara.
Beliau berkata demikian dalam laman Twitternya hari ini yang merujuk kepada pautan berita Bernama bertajuk “KPDNKK Sedia Portal 1pengguna Untuk Semak Harga Barang Setiap Hari”.

Berita itu memetik kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang antara lain menyebut kementerian itu membangunkan portal berkenaan bagi membantu pengguna merancang perbelanjaan harian.

Kenyataan itu juga menyebut harga barang keperluan harian yang boleh diakses oleh pengguna antara lain ialah ayam, ikan cencaru, bawang, cili, sayur-sayuran dan santan yang dijual di pasaran mengikut negeri dan kawasan di seluruh negara, dengan harga dikemas kini setiap hari. – Bernama

Tiada ulasan: