Selasa, 14 Januari 2014

Lelaki ditahan kerana rakam isteri jiran MANDI

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - Seorang penjual insurans ditahan polis selepas bertindak merakam video isteri jirannya yang sedang mandi di sebuah kondominium di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.

Difahamkan, suspek berusia 31 tahun dan telah berkahwin itu dikatakan menaruh minat terhadap isteri jirannya yang berusia 20 tahun.

Ekoran itu, mangsa telah bertindak di luar batasan apabila sanggup mengintai dari celahan tingkap kecil di bilik air rumah mangsa dan merekod video wanita itu sedang mandi, kelmarin.

Perbuatan mangsa itu bagaimanapun terbongkar apabila wanita itu ternampak telefon bimbit suspek dan dia terus menjerit lalu menghubungi suaminya yang ketika itu berada di luar.

Suami mangsa yang dikenali sebagai Affendi, 33, memberitahu, dia terus ke pejabat pengurusan kondominium itu dan meminta mereka menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di koridor berdekatan rumahnya.

“Dakwaan isteri saya yang dia melihat satu tangan memegang telefon bimbit ketika dia sedang mandi ternyata benar apabila saya sendiri menyaksikan rakaman CCTV yang menunjukkan jiran saya itu keluar dari kawasan belakang rumah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: