MALAYSIAKINI
Sehingga tahun baru 1 Januari 2014, kutipan untuk kempen 'Beli Bata' untuk bangunan baru Malaysiakini di Petaling Jaya sudah mencecah angka RM1 juta ringgit.“Kami sangat gembira apabila ia mencecah sejuta ringgit. Ia hadiah tahun baru daripada pembaca dan penyokong,” kata ketua pegawai eksekutif portal berita bebas itu Premesh Chandran.
Premesh berkata, kempen itu akan diteruskan sehingga tarikh akhir pada 15 Januari.
“Kami akan lanjutkan kempen sehingga mencapai sasaran 1,000 tajaan baru.
"Dengan kadar semasa, kami patut dapat mencapai sasaran itu sebelum Februari,” katanya.
Kempen itu mensasarkan kutipan RM3 juga untuk bangunan baru yang dinamakan sebagai @Kini. Ia akan turut dibuka untuk orang awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan