Aqilah Radzuankaidi
KUALA LUMPUR - UMNO memandang
serius terhadap tindakan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO
Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi yang bertindak mencederakan
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan pada Ahad lalu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata
UMNO berasa kesal terhadap insiden dan ianya tidak seharusnya berlaku
dalam mana- mana pimpinan parti.
"UMNO menolak sebarang tindakan keras dalam apa- apa penyelesaian
masalah sebagaimana yang dilakukan oleh pihak terbabit terhadap
P.Kamalanathan," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.
Beliau menjelaskan pendirian UMNO tetap teguh kepada penyelesaian
masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada sebarang
pertelingkahan atau bentuk kekerasan yang akan mengundang keadaan lebih
buruk.
Katanya, tindakan tegas akan diambil dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan lanjut diambil.
Terdahulu, P.Kamalanthan didakwa ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat
beliau untuk memohon supaya menantu beliau yang mengajar di Johor
ditukarkan ke Hulu Selangor.
Beliau turut mengesahkan kejadian tersebut dan membuat laporan polis di
Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan
rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.
Ianya disusuli dengan kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel semalam yang mengutuk keras tindakan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan