Khamis, 9 Januari 2014

Kerajaan ibarat 'tubuh yang sudah tidak berfungsi, setiap anggota menghadap



Oleh Aspan Alias


Kita sedang berada di dalam tahun baru, 2014. Masing-masing masih lagi menerima dan Kerajaan ibarat 'tubuh yang sudah tidak berfungsi, setiap anggota menghadapmenghantar ucapan selamat tahun baru di antara satu dengan lain. Masing-masing berharap akan ada perubahan yang drastik terhadap negara sambil mengharapkan segala atau setidak-tidaknya kebanyakan isu yang dihadapi rakyat berbilang kaum di negara ini dapat diselesaikan. 

Walaupun ramai yang tidak begitu yakin keadaan akan bertambah baik, namun rakyat tetap mengharapkan ada kelainan dalam semua bidang kehidupan pada tahun ini. Bagi ramai orang berpendapat, jika Najib dan barisan kepimpinannya tidak mampu untuk mencari penyelesaian yang abadi, maka adalah tanggungjawab rakyat untuk mengubahnya.


Tahun 2013 merupakan tahun paling mencabar kerana banyak isu besar yang tidak dapat dikira jumlahnya berlaku dan semuanya telah mengakibatkan keresahan rakyat yang ketara. Dari Perlis hingga ke Sabah, masalah timbul satu lepas satu dan tidak ada satu pun telah diselesaikan oleh Najib dan kepimpinan beliau.

Jika di ibaratkan negara ini sebagai sebatang tubuh manusia, masalah kesihatan tubuh itu datang satu demi satu sebelum dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota tubuh yang lain sebelumnya.

Sekarang semua anggota tubuh itu sedang menghadapi masalah. Tubuh itu sedang berhadapan dengan darah tinggi pada mulanya. Sampai sekarang penyakit darah tinggi itu belum selesai tetapi urat saraf pula tidak berfungsi dengan baik lagi. Dalam pada itu timbul masalah kaki yang tidak lagi mampu untuk menahan beban berat badan maka tubuh bergerak begitu perlahan untuk sampai kemana-mana destinasi.

Dalam pada itu lutut pula sakit maka terpaksa berjalan terdengkot-dengkot. Tetapi apa yang menakutkan telinga pula tidak boleh lagi mendengar, maka itu sebabnya tubuh ini tidak sensitif terhadap apa yang orang lain bincangkan. Tubuh ini tidak sedar ia telah pekak. Kencing manis pula datang dan akibatnya mata pula tidak boleh melihat dengan jelas. Berbagai-bagai lagi penyakit yang baru datang sedangkan penyakit-penyakit yang lama belum juga dapat diselesaikan.

Apabila semua anggota tubuh dihinggapi penyakit maka sudah tentu ia akan mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan baik dan akibatnya amalan dan ibadah sudah tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Jika ‘tubuh yang sebenarnya tubuh’, maksud saya batin kita tidak cekal dan lemah lagi fakir, maka dikhuatiri pula ia akan mengakibatkan jiwanya tidak tenteram. Jiwa yang tidak tenteram adalah padang permainan yang amat enak bagi syaitan dan yang bathil.

Itulah yang berlaku dalam kepimpinan kita sekarang ini. Barisan kepimpinan kita ‘ibarat sebatang tubuh yang sudah hampir tidak mampu untuk berfungsi dengan baik selain dari hanya berkemampuan untuk bernafas dan nafas-nafasnya adalah nafas yang pendek-pendek’. Ia mengakibatkan negara menjadi lemah. Itu sebab kita lihat sekarang ini UMNO dan barisan pimpinan hari ini menyelesaikan masalah dengan mengambil ubat ‘pain killer’ sahaja tetapi tidak akan mampu lagi untuk menyembuhkan penyakit.

Sekarang ini PM Najib dan rakan-rakan lantikan beliau hanya menumpukan kepada pemberian ‘pain killer’ sahaja. Memberikan makan ‘pain killer’ semata-mata tidak akan dapat penyelesaiannya dan akhirnya nanti ‘pain killer’ ini tidak akan efektif lagi kerana sudah ‘immune’ dengan sistem tubuh yang tidak sihat tadi.

Sekarang ini ‘pain killer’ tadi sudah tidak berfungsi lagi maka rakyat dan pimpinan sendiri sudah tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi. Jika tidak ada perubahan kepada pimpinan baru, maksud saya orang yang baru dengan ‘mentality’ yang baik tubuh ini akan terbaring dan terlantar dihadapan mata rakyat.

‘Partisan politics’ bukan jawapannya kerana dalam parti-parti alternatif itu sendiri adalah dikalangan mereka yang sudah pasti akan menghadapi penyakit yang sama dan penyelesaian sekarang ini bukan parti-parti politik lagi. ‘Virus’ yang sama juga ada didalam sistem tubuh parti-parti pembangkang ini.

Alang-alang hendak berubah kita ubah semua yang nampak akan memberikan masalah kepada kita. 
Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak juga menghadapi masalah dengan rakyat yang mereka pimpin. Maka semua pemimpin-pemimpin di sana wajar bersatu melakukan perubahan ini kerana mereka di Malaysia Timur juga sedang menghadapi masalah besar sebagai ahli kepada persekutuan yang besar ini.

Persatuan rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini baik di antara kaum dan agama akan menjadi masalah jika ‘virus’ yang merbahaya yang sedang menghinggapi Malaysia Barat akan menular ke Malaysia Timur pula.

Sikap berhati-hati rakyat dan pemimpin di sana amat diperlukan kerana dalam jangka yang pendek sahaja mereka di sana akan berpecah seperti kita di Semenanjung ini. malahan perpecahan mereka di sana itulah yang diharapkan peh pimpinan Persekutuan untuk membolehkan mereka terus berkuasa seperti sekarang ini.

Bukannya kita tidak tahu, pimpinan hari ini wujud dan kekal kerana perpecahan rakyat di antara wilayah, bangsa dan agama. Sebagai yang saya sebutkan awal-awal tadi perpecahan seperti ini, merupakan ‘condusive playing ground’ untuk mereka yang batil dan yang bencikan mereka yang kuat dengan agama masing-masing.

Semoga tahun 2014 ini akan membawa perubahan yang abadi bagi negara yang berbilang kaum, agama dan cara hidup ini. Kita tinggalkan pimpinan yang sentiasa berada dalam kefakiran jiwa kemaknusiaan seperti sekarang ini.http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tiada ulasan: