Sabtu, 4 Januari 2014

Kerajaan BN buat propaganda di sekolah ala Mao Zedong?

Teresa Kok Suh Sim (15)


KUALA LUMPUR, I: DAP melahirkan rasa pelik dengan arahan yang didakwa dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya setiap sekolah mempamerkan potret pemimpin tertinggi negara di setiap bilik darjah.

Tambah pelik lagi, turut wujud arahan rasmi bahawa hanya potret menteri besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional sahaja yang dibenarkan.

Bercakap kepada media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP pagi ini, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menuntut penjelasan pihak Kementerian tentang arahan tersebut yang menimbulkan rungutan daripada pentadbir sekolah.

Sambil menunjukkan laporan akhbar Sin Chew tentang perkara tersebut, Teresa yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP bertanya kenapa hanya menteri besar BN sahaja yang boleh dipamerkan potretnya.

“Kalau satu bingkai sahaja sudah menelan belanja berpuluh ringgit, berapa kos yang terpaksa ditanggung sekolah-sekolah untuk membingkai potret-potret ini bagi setiap bilik darjah?

“Dan kenapa mesti dalam setiap bilik darjah? Tidak cukupkah gantung potret di dewan sekolah, pejabat dan bilik guru?” ujar beliau.

Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang turut hadir dalam sidang media tersebut pantas menyifatkan arahan yang didakwa itu sebagai propaganda politik ala-Nazi.

“Ini hanya memperlihatkan sifat kurang keyakinan diri atau sifat narsis yang suka diri sendiri kerajaan Barisan Nasional,

“Ia tidak lain adalah sebahagian agenda propaganda politik seperti yang diamalkan Mao Zedong sebagai sebahagian usaha indoktrinasinya,” ujar Tony,

“Kita minta Kementerian beri penjelasan segera.” – Roketkini.com

Tiada ulasan: