Jumaat, 3 Januari 2014

Jingga 13 teruskan saman Timbalan Polis KL

Azuan Ab Rahman


Jingga13


KUALA LUMPUR : Ketua Penyelaras Jingga13, Fariz Musa berkata, pertubuhan tersebut dalam proses perbincangan dengan peguam bagi menentukan tindakan yang bakal diambil ke atas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

“Tegas, pihak Jingga13 akan tetap mengambil tindakan terhadap tuduhan tersebut.

“Kita sedang berbincang dengan peguam kita bagi memutuskan bentukkan tindakkan yang bakal diambil, kita akan kemukakan saman,” kata beliau ketika ditemui Keadilandaily di hadapan IPD Dang Wangi, hari ini.

Kata Fariz, walaupun Amar Singh sebelum ini telah menafikan membuat kenyataan mengaitkan NGO itu dengan keganasan, namun Amar tidak membuat permohonan maaf.

“Beliau ada nafikan, tapi tiada permohonan maaf. Namun setelah menafikan, pihak polis pula kata ada bukti mengaitkan kami dengan keganasan tersebut,

“Kita cabar pihak polis kemuka bukti yang kita merancang untuk gulingkan kerajaan dengan keganasan sepeti yang mereka sebut,” tegasnya.

Dalam satu kenyataan dipetik media sebelum ini, Datuk Amar Singh berkata, empat pertubuhan termasuk Jingga13 merancang menimbulkan kekecohan termasuk membawa bom tangan dalam himpunan malam tahun baru 2014 bagi mendesak harga barangan diturunkan

Pagi ini Jingga 13 membuat laporan polis terhadap mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru sebagai ‘bughah’ (derhaka) dan dihalalkan darah.

Tiada ulasan: